Ikuti Kami:

“Hati Secantik Wajahnya” – Derma Semua Hasil Dari Akaun YouTube Peribadi, Netizen Puji Jisoo BP

“Hati Secantik Wajahnya” – Derma Semua Hasil Dari Akaun YouTube Peribadi, Netizen Puji Jisoo BP

Bukan sahaja seorang artis berbakat, Ji-soo BLACKPINK juga turut disayangi ramai dek peribadinya yang disenangi ramai.

Untuk pengetahuan, Ji-soo telah membuka saluran YouTube peribadinya sendiri “Happiness Jisoo 103%” pada Januari lalu, dengan semua keuntungan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam satu temu bual, wanita itu berkongsi sebab dia membuat keputusan berkenaan,

Ia adalah saluran yang sangat mudah. Saya tidak tahu sama ada saya bersedia dengan profesionalisme atau menyediakan kandungan yang berkualiti.

Tambah Ji-soo,

Peminat juga akan menonton video dengan hati mereka yang menyokong saya, jadi saya fikir untuk mendermakan keuntungannya kerana jika ia membawa kepada perkara baik, maka penonton dan saya sendiri juga akan menjadi baik. Saya terus berfikir di mana untuk menderma, yang akan membuat saya berasa bangga. Saya akan memberitahu awak selepas saya menderma.

jisoo blackpink

Menerusi komuniti dalam talian, netizen memuji keperibadian Ji-soo dengan menulis,

Hati Ji-soo memang secantik wajahnya.

 

Menderma semua keuntungan YouTube awak bukanlah satu keputusan yang mudah. Ji-soo sangat mengagumkan.

 

Wajah Ji-soo cantik dan keperibadiannya juga baik. Jadi, saya sangat menyukainya.

 

Semakin awak mengenali Ji-soo, semakin awak akan menyukainya.

Dah la cantik, berbakat, baik, memang mantap la Ji-soo ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...