Ianya tidak mengejutkan lagi bahawa peminat pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk berjumpa dengan idola kesayangan meskipun hanya melihat kelibat mereka.
BACA: Cipta Sejarah Di ‘Grammy Awards’, BTS Artis Korea Pertama Terima 3 Nominasi Dalam Setahun
Terbaru pada 20 November, V telah tiba di Lapangan Terbang Incheon selepas pergi ke Paris, Perancis untuk jadualnya akan datang.
Tampil mencuri hati dengan gayanya seperti ‘rockstar’, V secara mesra telah melambai kepada peminat dan wartawan yang setia menunggunya.
Bagaimanapun, menerusi beberapa video yang dikongsi, ada peminat yang dilihat melepasi penghadang dan meluru ke arah V untuk melihat kelibatnya. Ada juga yang jatuh dan berlanggar antara satu sama lain, hanya untuk mendekati idola itu.
Tidak lama selepas itu, V telah meluahkan kerisauannya terhadap keselamatan peminat dan wartawan, dengan menulis di laman Instagramnya,
Tidak ada ARMY atau wartawan yang cedera, kan? Saya sentiasa bimbang semasa pulang ke Korea dan semasa berlepas.
Tambahnya lagi,
Walaupun melihat ARMY membuatkan saya gembira tetapi melihat anda semua jatuh dan berlanggar antara satu sama lain, membuatkan hati saya sangat sakit. Mulai sekarang, saya harap kita dapat berjumpa lagi tanpa terluka atau sakit.
Mesti V risau sangat kan..