Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Di ‘Grammy Awards’, BTS Artis Korea Pertama Terima 3 Nominasi Dalam Setahun

Cipta Sejarah Di ‘Grammy Awards’, BTS Artis Korea Pertama Terima 3 Nominasi Dalam Setahun

BTS sekali lagi telah membuktikan kehebatan mereka sebagai kumpulan lelaki popular seluruh dunia!

Terbaru, Recording Academy secara rasmi mengumumkan calon pemenang untuk Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada tahun depan.

Berkat populariti mereka di seluruh dunia, BTS telah berjaya menerima 3 pencalonan untuk Anugerah Grammy 2023, iaitu untuk kategori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik, Muzik Video Terbaik bagi lagu “Yet to Come” dan ‘Album of the Year’ bagi keluaran single “My Universe” dalam album Coldplay ‘Music of the Spheres’.

bts grammy

Apa yang lebih menakjubkan, ini merupakan tahun pertama di mana BTS menerima lebih daripada satu pencalonan di majlis anugerah berkenaan.

Bukan itu sahaja, “Yet to Come” turut menjadi lagu bahasa Korea pertama BTS yang pernah dicalonkan di Anugerah Grammy.

Sama-sama kita nantikan tayangan Anugerah Grammy 2023 pada 5 Februari!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...