Kembali selepas 2 tahun dengan drama baru, kenyataan Kim Jung-hyun baru-baru ini telah menerima kritikan dari netizen.
Khususnya ketika sesi temu bual untuk drama “Kokdu: Season of Deity”, Kim Jung-hyun ditanya tentang kontroversinya bersama Seo-hyun 5 tahun lalu di sidang akhbar “Time”. Jawab pelakon lelaki itu,
Saya tidak ingat apa yang berlaku 5 tahun lalu, jadi ia terasa tidak biasa.
Kemudian, Kim Jung-hyun juga turut berkongsi bahawa dia menghabiskan masa rehatnya untuk muhasabah dan memperbaiki diri. Dia juga memohon maaf atas kelakuannya yang lalu dan berjanji untuk memperbaiki dirinya.
Bagaimanapun, kenyataan Kim Jung-hyun yang menyatakan bahawa dia lupa tentang kontroversinya bersama Seo-hyun, telah menerima kritikan dari orang ramai yang percaya bahawa pelakon itu tidak betul-betul sedar dengan kesilapannya.
Antara komen yang ditulis netizen:
Dia benar-benar berkata dia tidak ingat? Dia harus minta maaf.
Susah sangat ke nak minta maaf dengan Seo-hyun.
Dia betul-betul cakap dia lupa ke? Hati saya panas.
Bagi yang belum tahu, ketika sidang akhbar untuk drama “Time” pada 2021, Kim Jung-hyun dilihat mengelak daripada sebarang sentuhan fizikal bersama Seo-hyun, yang dipercayai merupakan arahan dari teman wanitanya.
Hmm..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉