Ikuti Kami:

Kim Junghyun Dedah Sebab Pilih ‘Kokdu: Season Of Deity’ Drama Comeback Lepas 2 Tahun

Kim Junghyun Dedah Sebab Pilih ‘Kokdu: Season Of Deity’ Drama Comeback Lepas 2 Tahun

Siap sedia semua, drama comeback Kim Jung-hyun berjudul “Kokdu: Season of Deity” bakal ditayangkan tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, “Kokdu: Season of Deity” yang diterajui Kim Jung-hyun dan Im Soo-hyang, ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.

Baru-baru ini, Kim Jung-hyun dan Im Soo-hyang telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Singles. Ketika sesi temu bual, Kim Jung-hyun berkongsi sebab dia memilih naskhah ini sebagai drama pertamanya selepas tempoh dua tahun. Dia berkata,

Kokdu (Kim Jung-hyun) ialah watak kematian itu sendiri dan seorang makhluk transenden yang menghubungkan dunia bawah tanah dan dunia nyata. Apabila berfikir tentang kematian, bukankah pada masa yang sama kita akan memikirkan tentang cahaya dan kegelapan? Dia adalah watak yang kontrasnya perlu begitu jelas dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, membongkar sesuatu yang berat dengan cara yang tidak berat adalah menawan.

kim junghyun im soohyang

Kemudian, kedua-dua pelakon itu turut memilih pesona watak mereka dalam drama tersebut. Kongsi Im Soo-hyang,

Seronok jika awak memberi perhatian dengan teliti bagaimana imej Kokdu berubah dari semasa ke semasa. Selepas gelap seketika, dia juga mengekori Gye-jeol (Im Soo-hyang) dengan rapat seperti anak anjing. Jika awak melihat dari sisi, dia seperi Jim Carrey. Penonton akan dapat lihat pelbagai jenis wajah pelakon Kim Jung-hyun.

Kim Jung-hyun juga menambah,

Gye-jeol adalah seseorang yang mempunyai kecantikan yang tidak berubah. Dia seorang watak dengan masa lalu yang menyedihkan tetapi ia segera pulih dan berdiri kembali. Patutkah saya katakan ia adalah kedegilan yang disayangi?

kokdu: season of deity

Dalam pada itu, “Kokdu: Season of Deity” akan mula disiarkan pada 27 Januari nanti.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...