Ikuti Kami:

“Hati Saya Hancur..” – 3 Kali Gagal, Song Joongki Menangis Dek Filem Kurang Penonton

“Hati Saya Hancur..” – 3 Kali Gagal, Song Joongki Menangis Dek Filem Kurang Penonton

Bukan mudah apabila filem yang dilakonkan menerima respon hambar.

Terbaru, satu acara untuk filem “Bogota: City of the Lost” telah diadakan, turut hadir dalam acara itu adalah pelakon utama filem tersebut, Song Joong-ki dan Lee Hee-joon, bersama tetamu khas Lee Sung-min.

Semasa acara tersebut, Lee Sung-min dengan jujur berkata,

Apabila saya tiba di sini, saya perasan tempat letak kereta hampir kosong. Ia membuatkan hati saya hancur. Nampaknya terdapat sangat sedikit orang di pawagam. Terdapat banyak sebab untuk ini, tetapi apabila pawagam kosong, ia amat sukar untuk pelakon.

Song Joong-ki mengangguk dalam senyap, jelas terharu dengan kata-kata Lee Sung-min. Dia kemudiannya menambah,

Seperti yang senior sebutkan, pawagam Korea sedang melalui masa yang sangat sukar. Sejujurnya, hanya mempunyai filem ditayangkan di wayang sekarang adalah sesuatu yang patut disyukuri. Saya bekerja lebih keras daripada biasa dalam promosi kerana saya mahu memberitahu orang ramai tentang filem ini dan mempersembahkannya dengan sisi terbaik.

song joongki

Jelasnya lagi, tugas sebagai pelakon adalah untuk menghasilkan kandungan yang baik bagi menguatkan penonton ketika masa sukar. Suaranya kemudian bergetar,

Saya rasa sebak hanya bercakap tentang ini… terima kasih.

Dengan ini, Song Joong-ki mencatatkan tiga kegagalan box office berturut-turut dalam dunia perfileman, bermula dengan “Hopeless” (kira-kira 260,000 penonton) pada tahun 2023, diikuti oleh “My Name Is Loh Kiwan” dan “Bogota: City of the Lost” (kira-kira 400,000 penonton).

Sepertinya ramai yang mula menyedari kekurangan bakat lakonan Song Joong-ki dek pencapaian filemnya yang merosot. Antara kritikan yang dilemparkan ialah sebutan janggal, nada lakonan mendatar serta kurang daya tarikan buat penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...