Song Joong-ki menarik perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai keluarga isterinya.
Kelmarin, lelaki itu telah menghadiri sidang media “Bogota: The Land of Last Chances” di Gangnam, Seoul. Dalam pada itu, Song Joong-ki sempat berkongsi hubungannya yang istimewa dengan Colombia.
Jelasnya, ibu mertuanya berasal dari Colombia dan rata-rata keluarga dari bahagian isterinya akan tinggal di sana. Dia menambah,
Menurut pengetahuan saya, pada masa lalu, mereka (rakyat Colombia) berasa malu dengan imej seperti itu dan berusaha keras untuk mengubahnya. Semasa saya tinggal di Colombia, saya mendapati mereka adalah orang yang penuh semangat, sangat penyayang, dan makanannya luar biasa. Sangat lazat. Saya juga melihat usaha mereka untuk melepaskan diri daripada imej negatif tersebut.
Sementara itu, filem itu akan ditayangkan pada 31 Disember, mengisahkan kehidupan rakyat Korea yang berjuang untuk bertahan hidup dalam pasaran penyeludupan di Bogota, Colombia, sebuah tempat yang menjadi pilihan terakhir mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa harapan.
Patut lah cantik isterinya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.