Sering membintangi projek bergenre aksi, pasti ramai yang mengenali Ma Dong-seok dengan imej ganas.
Terbaru pada 21 Februari, Ma Dong-seok telah memuat naik satu videonya ketika di dalam kapal terbang, dalam perjalanannya untuk ke Berlin.
Menerusi video yang dikeluarkan, lelaki itu sedang mengambil swafoto dan perkara lain yang menarik perhatian adalah phone case milik pelakon lelaki itu iaitu watak Hello Kitty.
View this post on Instagram
Memandangkan dia sering muncul dalam projek aksi, netizen rata-rata terhibur melihat sisi lain Ma Dong-seok yang comel dan lucu.
Antara komen yang ditulis,
Kitty, awak telah diculik.
Badannya tegap tapi pegang Hello Kitty. Comelnya!
Saya rasa Hello Kitty tak boleh ‘bunuh’ orang.
Hati-hati Hello Kitty sebelum awak kena ‘lipat’.
Kemain comel pula Ma Dong-seok!