Ikuti Kami:

“Saya Dah Cuba Tapi..” – Pasangan Bahagia, Ma Dongseok Kongsi Sering Dapat Bantuan Isteri Untuk Lakukan ‘Ini’

“Saya Dah Cuba Tapi..” – Pasangan Bahagia, Ma Dongseok Kongsi Sering Dapat Bantuan Isteri Untuk Lakukan ‘Ini’

Seronoknya tengok kehidupan bahagia Ma Dong-seok kini, selepas mempunyai isteri.

Baru-baru ini, Ma Dong-seok telah terlibat dengan satu temu bual khas, bagi menceritakan tentang filem barunya “Badland Hunters”.

Ketika sesi temu bual, pelakon berusia 52 tahun itu ada bercakap tentang satu gambar yang dimuatnya di Instagram dan telah mendapat perhatian ramai orang pada beberapa bulan lalu.

Dalam foto itu, Ma Dong-seok membuat pose comel, selepas membuat lubang berbentuk love dengan pasir di pantai.

Mengenai hantaran tersebut, dia menjelaskan,

Kebanyakan gambar yang saya muat naik di Instagram adalah idea dari isteri saya. Saya sentiasa cuba untuk mengambil banyak foto dan video untuk Instagram, tetapi ia selalunya tidak cukup bagus untuk dikongsi.

ma dongseok ye junghwa

Sambungnya lagi,

Mengenai gambar ‘hati pasir’, ia adalah idea isteri saya. Dia seperti ”Sand heart’ sedang trending pada masa kini. Kenapa awak tidak lakukannya juga?’. Saya ingin jujur dengan awak, ia bukan mudah untuk mengambil gambar itu dengan sempurna.

Sementara itu, Ma Dong-seok telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Ye Jung-hwa pada 2021 yang lalu.

Comel je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...