Ikuti Kami:

“Harap Dia Kurang Muncul Dalam Program Hiburan..” – Rakan Artis Puji Bakat Hebat Lee Kwangsoo Sebagai Pelakon

“Harap Dia Kurang Muncul Dalam Program Hiburan..” – Rakan Artis Puji Bakat Hebat Lee Kwangsoo Sebagai Pelakon

Sudah bertahun terlibat dalam “Running Man”, Lee Kwang-soo nampaknya lebih fokus untuk projek lakonannya kini.

Baru-baru ini, Yoo Jae-myung telah terlibat dalam satu temu bual khas, susulan tayangan dramanya “No Way Out: The Roulette” yang turut menampilkan Lee Kwang-soo.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu bercakap tentang pengalamannya bekerja dengan Lee Kwang-soo untuk drama tersebut. Katanya,

Kwang-soo adalah seorang lelaki muda yang luar biasa. Dia buat segala-galanya dengan ikhlas. Sejujurnya, saya tidak tahu banyak tentang dia sebelum ini. Saya hampir tak pernah tonton ‘Running Man’. Saya hanya akan menonton sekilas sahaja jadi saya tak pernah lihat Kwang-soo dalam tu.

Sambung Yoo Jae-myung lagi,

 Tapi lepas bekerja dengannya dalam ‘No Way Out’, saya sedar bahawa dia seorang pelakon yang luar biasa. Ianya lebih bagus kalau dia kurang muncul dalam rancangan hiburan untuk fokus kepada lakonan. Saya harap drama ini akan jadi projek yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon.

no way out: the roulette

Bagi yang belum tahu, dalam “No Way Out: The Roulette”, Lee Kwang-soo memainkan watak sebagai Yoon Chang-jae yang telah menyelami skim pembunuhan sengit di luar negara, menyasarkan hadiah 20 bilion won ke atas hidup orang lain.

Jangan lupa tonton sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...