Ikuti Kami:

‘Happy Ending’, Episod Akhir ‘My Perfect Stranger’ Raih Rating Tertinggi

‘Happy Ending’, Episod Akhir ‘My Perfect Stranger’ Raih Rating Tertinggi

Selepas berminggu-minggu bermain perasaan penonton, akhirnya “My Perfect Stranger” telah pun menamatkan siaran kelmarin.

“My Perfect Stranger” menceritakan kisah misteri yang terungkap apabila seorang lelaki, mengembara ke tahun 1987 untuk mencari kebenaran di sebalik siri pembunuhan, lalu bertemu dengan seorang wanita yang mengembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu bapanya.

Menurut Nielsen Korea, episod akhir drama KBS ini meraih rating sebanyak 5.7% dan menunjukkan peningkatan 4.4% berbanding episod sebelumnya. Bukan itu sahaja, rekod ini merupakan catatan terbaik yang dicatatkan olehnya sepanjang tayangan.

ending my perfect stranger

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir ini, Hae-joon (Kim Dong-wook) dan Yoon-young (Jin Ki-joo) berjaya kembali ke masa depan dan meninggalkan masa lalu mereka. Malah masa depan mereka berubah serta-merta di mana pembunuh bersiri yang merupakan ayah Hae-joon berjaya ditangkap dan ayah Yoon-young juga boleh menggunakan kedua kakinya selain hidup bahagia bersama ibunya.

Korang dah habis layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...