Ikuti Kami:

Kembali Ke 1987 Bagi Selesai Kes Pembunuhan, Episod Awal ‘My Perfect Stranger’ Raih Rating Baik

Kembali Ke 1987 Bagi Selesai Kes Pembunuhan, Episod Awal ‘My Perfect Stranger’ Raih Rating Baik

Akhirnya Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo kembali dengan sebuah drama baru!

Sinopsis

“My Perfect Stranger” menceritakan kisah misteri yang terungkap apabila seorang lelaki, mengembara ke masa lalu untuk mencari kebenaran di sebalik siri pembunuhan, lalu bertemu dengan seorang wanita yang mengembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu bapanya. Di pertengahan perjalanan yang pelik indah mereka berdua terjebak pada tahun 1987.

Pengembaraan mengelirukan

[Amaran SPOILER]

Sudah biasa dengan fakta, Hae-joon meragui namun terpersona dengan manual pengembaraan masa yang ditemui dalam sebuah kereta misteri. Dari tahun 3085, dia dibawa ke 2037 sebelum berakhir di perkampungan Woojung-ri di mana ianya merupakan tahun 1987.

kbs my perfect stranger

Boleh kembali ke masa depan dan masa lalu, Hae-joon dilihat cuab mengubah takdir dan menghentikan insiden melibatkan pembunuh bersiri bernama Min-soo.

Rating baik

Untuk episod awal ini, “My Perfect Stranger” berjaya meraih respon yan baik apabila mencapai rating sebanyak 4.5% untuk episod pertama namun sedikit menurun ke 4.2% ketika siaran seterusnya.

Walau bagaimanapun, penonton melemparkan pujian buat lakonan Jin Ki-joo dan Kim Dong-wook yang berjaya menghidupkan watak mereka dengan baik.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...