Ikuti Kami:

Hanya Satu Dalam Dunia, G-Dragon Hadiahkan Kasut Edisi Terhad Buat Anak Saudaranya

Hanya Satu Dalam Dunia, G-Dragon Hadiahkan Kasut Edisi Terhad Buat Anak Saudaranya

Meskipun sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti kini, G-Dragon tetap mencari masa untuk keluarganya yang tersayang.

Terbaru pada 6 Mei, kakak G-Dragon iaitu Kwon Da-mi telah berkongsi beberapa foto di laman Instagram peribadinya, di mana ahli keluarganya termasuk ahli BIGBANG itu sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.

Selain itu, Kwon Da-mi turut berkongsi gambar sepasang kasut edisi terhad yang diberikan oleh G-Dragon untuk anak lelakinya. Tulis wanita itu,

Satu-satunya sepasang kasut di dunia ini. Pakcik buat untuk saya.

g-dragon

Untuk pengetahuan, kasut tersebut adalah kolaborasi jenama G-Dragon bersama Nike iaitu Kwondo 1 “Panda” dan versi kanak-kanak hanya dibuat khas untuk anak saudaranya sahaja.

Tidak lama kemudian, G-Dragon telah menyiarkan semula siaran kakaknya itu sambil menambah lagu kanak-kanak sebagai muzik latar.

So sweet la pakcik GD ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...