Ikuti Kami:

“Hanya Pakai Pakaian Dalam” – Teaser Kemunculan Semula LE SSERAFIM Cetus Perdebatan Hangat

“Hanya Pakai Pakaian Dalam” – Teaser Kemunculan Semula LE SSERAFIM Cetus Perdebatan Hangat

Pada 26 Januari, Source Music telah melancarkan teaser dramatik untuk album mini ke-3 LE SSERAFIM, ‘EASY’.

Dalam video itu, ahli LE SSERAFIM kelihatan memakai pakaian dengan barangan fesyen jenama LE SSERAFIM termasuk baju pendek, seluar pendek dan juga hanya berseluar dalam.

Khususnya, ramai netizen perasan bahawa 2 ahli iaitu Huh Yun-jin dan Kim Chae-won hanya memakai seluar dalam dengan jaket musim sejuk yang disarung longgar.

Walaupun ramai yang teruja dengan kemunculan semula mereka namun, fesyen provokatif kumpulan itu telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Ada yang meninggalkan komen seperti,

Mengapa mereka fikir ok je bagi wanita berjalan-jalan dengan hanya memakai seluar dalam?

Fesyen? Saya tidak begitu faham.

Apa akan jadi kalau lelaki pakai macam tu? Adakah korang akan membiarkannya berlalu sebagai ‘fesyen’?

Apa yang saya tak faham ialah bagaimana perempuan boleh berjalan-jalan seperti itu dan membuang sampah di jalanan adalah ‘kebebasan’?

Adakah mereka cuba kelihatan seperti ‘Burberry Men’…?’

le sserafim seksi

Tambahan, ada juga segelintir peminat bersetuju dan merasakan pakaian mereka biasa sahaja serta tiada apa perlu yang dibincangkan tentang hal itu.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...