Ikuti Kami:

Hanya Lee Siyoung & Lee Gyuyoung Akan Kembali Bagi Musim Ke-2 ‘Sweet Home’, Ini Respon Netflix

Hanya Lee Siyoung & Lee Gyuyoung Akan Kembali Bagi Musim Ke-2 ‘Sweet Home’, Ini Respon Netflix

Sejak tamat tayangan, beberapa kali “Sweet Home” dikhabarkan bakal menghasilkan musim kedua tak lama lagi.

Terbaru, khabar angin berterbangan mengatakan bahawa siri Netflix tersebut sedang dalam perancangan untuk menjalani penggambaran musim keduanya pada musim sejuk nanti. Khabarnya, hanya Lee Si-young dan Park Gyu-young pelakon asal yang akan menyertai musim terbaru ini. Bahkan mereka akan mencari nama baru lain bagi melengkapi barisan pelakon musim itu termasuklah ada beberapa nama yang sudah pun mengesahkan penyertaan mereka.

Dek laporan berkenaan, Netflix akhirnya memberikan respon dari pihak mereka,

Tiada apa yang ditentukan lagi.

netflix sweet home

Nampaknya laman penstriman ini memilih untuk mengunci mulut lagi memandangkan mereka turut memberikan respon yang sama suatu ketika dahulu.

“Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Harapnya khabar angin ini akan direalisasikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...