Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Sweet Home’ Sedang Dalam Perancangan? Ini Respon Netflix

Musim Kedua ‘Sweet Home’ Sedang Dalam Perancangan? Ini Respon Netflix

Siapa yang seronok menonton siri Netflix “Sweet Home”? Nampaknya ada perkhabaran menggembirakan buat anda!

Beberapa wakil drama mengatakan bahawa Netflix sudah memulakan persiapan untuk produksi “Sweet Home 2”. Katanya, pihak mereka sudah mengesahkan jadual setiap pelakon dan bercadang mahu mulakan penggambaran di dalam tahun ini juga dan menayangkan pada tahun hadapan.

Malah Song Kang, Lee Jin-wook dan Lee Si-young yang merupakan penampilan utama dalam musim pertama siri tersebut dikhabarkan akan kembali untuk musim terbaru ini.

Selepas berita ini berterbangan, Netflix telah pun mengeluarkan kenyataan daripada pihak mereka,

Tiada apa yang ditentukan lagi buat masa ini untuk persediaan produksi Musim kedua ‘Sweet Home’.

netflix sweet home

“Sweet Home” ternyata popular ketika ia menemui penonton pada Disember tahun lalu, bahkan ianya menjadi bualan ramai penonton daripada luar negara. Menurut sumber, sebanyak 22 juta pelanggan berbayar daripada seluruh dunia telah menonton siri itu sepanjang sebulan awal ia diriliskan.

“Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Haraplah ia jadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...