Ikuti Kami:

Hanya Dalam Seminggu, Album BLACKPINK ‘BORN PINK’ Raih Lebih 1.5 Juta Pra-Tempahan

Hanya Dalam Seminggu, Album BLACKPINK ‘BORN PINK’ Raih Lebih 1.5 Juta Pra-Tempahan

BLACKPINK sekali lagi telah mencipta rekod hebat sebagai kumpulan gadis K-Pop!

Pada 18 Ogos, YG Entertainment mengumumkan bahawa pra-pesanan untuk album penuh ke-2 BLACKPINK ‘BORN PINK’ telah berjaya meraih lebih 1.5 juta salinan, hanya dalam masa seminggu selepas tempahan dibuka.

Untuk pengetahuan, album ‘BORN PINK’ akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September nanti. Dengan jumlah pra-tempahan yang diterima kini, ianya tidak mustahil bahawa BLACKPINK akan merekodkan hampir 3 juta salinan untuk jualan album ini secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, BLACKPINK juga adalah satu-satunya kumpulan gadis K-Pop dalam sejarah mempunyai dua album yang mencecah jutaan jualan iaitu dengan ‘THE ALBUM’ dan ‘BORN PINK’.

Dalam pada itu, BLACKPINK akan mengeluarkan single pra-keluaran “Pink Venom” pada 19 Ogos ini dan bakal melancarkan album “BORN PINK” pada 16 September nanti.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...