BLACKPINK Akan Jadi Kumpulan K-Pop Wanita Pertama Buat Persembahan Di ‘Video Music Awards’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk saksikan persembahan BLACKPINK di VMA!
Pada 15 Ogos, MTV telah mengumumkan bahawa BLACKPINK akan menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan untuk acara MTV ‘Video Music Awards’ (VMA).
Untuk pengetahuan, ini juga merupakan persembahan debut BLACKPINK di anugerah Amerika Syarikat, dan mereka akan mempersembahkan singe pra keluaran “Pink Venom” di situ.
We're performing at the 2022 #VMAs!
Make sure you tune in Sunday August 28 at 8p on @MTV pic.twitter.com/zj7rI87qKs— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) August 15, 2022
Bukan itu sahaja, setakat ini, BLACKPINK juga merupakan kumpulan gadis K-Pop pertama yang pernah membuat persembahan di anugerah MTV ‘Video Music Awards’ (VMA). Hebat!
Sekadar info, artis lain yang diumumkan turut hadir di acara tersebut ialah Lizzo, Jack Harlow, Marshmello & Khalid, Nicki Minaj dan ramai lagi.
Jangan lupa tonton anugerah ‘Video Music Awards’ akan berlangsung pada 29 Ogos nanti jam 10 pagi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




