Ikuti Kami:

Hanya Dalam 9 Hari, Muzik Video BTS ‘Yet To Come’ Raih 100 Juta Tontonan

Hanya Dalam 9 Hari, Muzik Video BTS ‘Yet To Come’ Raih 100 Juta Tontonan

BTS telah mencipta kejayaan baharu untuk muzik video “Yet To Come (The Most Beautiful Moment)”!

Pada 20 Jun, muzik video BTS untuk lagu baharu mereka “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” telah melepasi 100 juta tontonan di YouTube.

Untuk pengetahuan, BTS pertama kali mengeluarkan muzik video bagi lagu tersebut pada 10 Jun, bermakna ia hanya mengambil masa kira-kira sembilan hari untuk kumpulan itu mencapai kejayaan ini. Hebat!

Bukti kepopularitian mereka, “Yet To Come (The Most Beautiful Moment)” merupakan muzik video ke-39 BTS yang telah meraih lebih 100 juta tontonan, selepas “DNA”, “Butter”, “Black Swan” dan banyak lagi.

Tahniah buat BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...