Ikuti Kami:

Hanya Dalam 2 Hari Tayangan, ‘Confidential Assignment 2’ Berjaya Raih 1 Juta Penonton

Hanya Dalam 2 Hari Tayangan, ‘Confidential Assignment 2’ Berjaya Raih 1 Juta Penonton

Nampaknya, sekuel filem “Confidential Assignment” telah berjaya mendapat sambutan hangat dari penonton.

Terbaru pada 7 September, “Confidential Assignment 2: International” telah mula ditayangkan di pawagam. Hanya dalam dua hari selepas tayangan, filem tersebut berjaya meraih 1 juta penonton, merupakan kejayaan hebat!

Khususnya, “Confidential Assignment” mengambil masa 5 hari untuk mencapai 1 juta tontonan bermakna, ia telah memecahkan rekod prekuel filem tersebut.

Meraikan pencapaian untuk filem itu, para pelakon “Confidential Assignment 2: International” iaitu Hyun Bin, Daniel Henney, Yoon-A, Yoo Hae-jin dan Jin Sun-kyu telah bergambar bersama pengarah, bagi memperingati hari istimewa ini.

confidential assignment 2: international

Dalam pada itu, “Confidential Assignment 2: International” mengisahkan tentang detektif Korea Utara Im Chul-ryung (Hyun Bin) yang dihantar ke Korea Selatan untuk misi baharu, bekerjasama dengan detektif Kang Jin-Tae (Yu Hae-Jin). Sasaran mereka adalah ketua organisasi jenayah Korea Utara Jang Myung-joon (Jin Sun-kyu).

Tahniah buat pasukan “Confidential Assignment 2”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...