Korang layan tak siri HBO lakonan Jennie BLACKPINK “The Idol”?
Bagi yang belum tahu, “The Idol” menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop popular, diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular “Euphoria”.
Pada Jun lalu, drama tersebut telah pun menamatkan musim pertama dengan 5 episod secara keseluruhan.
Terbaru, media Amerika mengumumkan bahawa siri “The Idol” akan berakhir selepas musim pertama. Menurut HBO,
‘The Idol’ telah menjadi salah satu siri asal HBO yang paling provokatif dan kami berpuas hati dengan sambutan daripada penonton.
Semasa tayangan musim pertama, Jennie telah meraih perhatian dengan tarian provokatifnya dalam siri tersebut dan lakonannya yang memuaskan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.