Ikuti Kami:

Jennie BP Kurang Dipilih Jadi Model Iklan Kini Dek Dah Tak Mampu Bawa Untung?

Jennie BP Kurang Dipilih Jadi Model Iklan Kini Dek Dah Tak Mampu Bawa Untung?

Selain nyanyian, Jennie BLACKPINK juga turut aktif dalam bidang pengiklanan.

Terbaru, satu artikel bertajuk ‘Jennie semakin hilang dari industri pengiklanan’ telah menjadi perhatian di laman komuniti.

Khususnya, artikel itu menyebut bahawa iklan Jennie semakin berkurangan kini kerana makin ada ramai artis dari kumpulan generasi ke-4 yang muncul dan dia didakwa tidak mampu memberikan kesan yang hebat kepada jenama seperti dulu.

Sebagai contoh, jenama ACE Bed menggantikan Jennie kepada Park Bo-gum sebagai model, minuman Lottle Chilsung turut memilih Han So-hee selepas Jennie untuk mempromosikan air itu dan jenama kanta lekap CF O-Lens juga telah menggantikan BLACKPINK kepada NewJeans sebagai duta.

jennie blackpink

Bagaimanapun, netizen rata-rata telah menentang dakwaan berkenaan dengan menjelaskan bahawa Jennie lebih aktif dalam mempromosikan jenama yang lebih ‘besar’ dan popular di pasaran antarabangsa.

Jennie sekarang tengah aktif sebagai duta untuk jenama terkenal di dunia seperti Chanel dan Calvin Klein. Dakwaan tersebut memang tak relevan.

 

Jennie berada di kedudukan teratas di industri pengiklanan dalam kalangan idola wanita yang aktif sekarang.

 

Wajah Jennie memang ada di mana-mana di papan Billboard Korea sekarang. Apa yang awak maksudkan..ㅋㅋㅋ

 

Jangan kata kat Korea, kat Malaysia pun banyak je jumpa muka Jennie..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...