Jung-kook sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai idola yang digemari ramai!

Terbaru, Jung-kook telah melepasi 4 juta pengikut di akaun Spotifynya, menjadikannya penyanyi Asia dan K-Pop yang terpantas mencapai kejayaan ini, hanya dalam masa 234 hari.
Apa yang menakjubkan, Jung-kook mencapai kejayaan ini dengan hanya dua lagu di bawah akaunnya, meskipun tiada debut rasmi sebagai penyanyi solo.
Fastest K-pop soloist to reachs 4M followers on Spotify:
1. Jungkook — 7 months & 21 days
2. J-hope — 2 years & 5 months
3. RM — 3 years & 8 months
5. IU — 3 years & 9 months
5. Agust D — 4 years & 6 months
6. V — 4 years & 8 months— Jungkook Stats (@statsforjjk) October 3, 2022
Untuk pengetahuan, Jung-kook mempunyai dua lagu di bawah namanya iaitu “Stay Alive” OST untuk webtoon yang dikeluarkan pada tujuh bulan lalu dan lagu kolaborasinya bersama Charlie Puth “Left & Right”, yang dilancarkan tiga bulan lalu.
Tahniah Jung-kook!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.