Ikuti Kami:

Selamat Hari Jadi ‘Golden Maknae’! Jom Dengarkan Top 10 Lagu Cover Oleh Jungkook BTS

Selamat Hari Jadi ‘Golden Maknae’! Jom Dengarkan Top 10 Lagu Cover Oleh Jungkook BTS

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-25 buat Jung-kook BTS!

Pada 1 September hari ini, Jung-kook BTS telah mencecah usia yang ke-25 tahun. Sempena meraikan ulang tahun kelahiran idola kegemaran ramai itu, Kimchi Daily ingin berkongsi top 10 lagu penyanyi lain yang Jung-kook pernah nyanyikan.

Jom dengarkan suara merdu Jung-kook di bawah!

1. 10,000 Hours 

Lagu “10,000 Hours” adalah nyanyian asal oleh Dan + Shay dan Justin Bieber. Jung-kook telah berkongsi cover lagu ini pada 2020 menerusi Soundcloud.

2. Lost Stars

Jung-kook telah menyanyikan lagu “Lost Stars” nyanyian asal oleh Adam Levine pada Oktober 2015, dan kini telah dimainkan sebanyak lebih 20.2 juta kali di Soundcloud.

3. We Don’t Talk Anymore

Sebelum berkolaborasi bersama Charlie Puth untuk lagu “Left And Right”, Jung-kook sering menyanyikan lagu penyanyi itu. Antaranya ialah lagu “We Don’t Talk Anymore” yang dinyanyikan bersama Ji-min. Merdu sangat suara dorang!

4. If You

Lagu “If You” nyanyian asal oleh kumpulan BIGBANG juga adalah salah satu lagu yang Jung-kook pernah nyanyikan menerusi program “King of the Masked Singer”.

5. Nothing Like Us

Pada 15 Februari 2016, Jung-kook telah menghadiahkan lagu cover “Nothing Like Us” nyanyian asal Justin Bieber, buat peminat menerusi Soundcloud.

6. Paper Hearts

“Paper Hearts” ialah lagu milik Tori Kelly yang dinyanyikan Jung-kook dengan nama yang sama. Ia telah dilancarkan pada 24 Disember 2015.

7. Ending Scene

ARMY pastinya tahu bahawa Jung-kook amat mengagumi IU sebagai seorang penyanyi. Oleh itu, dia juga pernah berkongsi nyanyian merdunya untuk salah satu lagu IU iaitu “Ending Scene” pada 2019. Dengarkan di atas!

8. Falling

Jung-kook telah menonjolkan suara dan vokal uniknya dengan lagu “Falling” nyanyian asal oleh Harry Styles, pada Oktober 2021 menerusi saluran YouTube BANGTANTV. Kini, video tersebut telah meraih lebih 57 juta penonton tau!

9. Sofa

Menampilkan vokal dan harmoni yang sangat lembut, Jung-kook juga pernah menyanyikan lagu milik Crush berjudul “Sofa”. Sesuai sangat suara Jung-kook dengan lagu balada. Cuba korang dengarkan di atas!

10. Never Not

https://twitter.com/BTS_twt/status/1256648835272605697

Menerusi Twitter pada Mei 2020, Jung-kook telah berkongsi nyanyiannya untuk lagu “Never Not”, nyanyian asal oleh Lauv. Hanya dalam masa 10 minit selepas dikeluarkan, video tersebut berjaya meraih 1 juta tontonan. Hebat!

Sebenarnya, ada banyak lagi lagu yang Jung-kook pernah cover, tetapi ini adalah senarai top 10 yang Kimchi Daily pilih!

Mana satu ‘favourite’ korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...