Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 12 episod pun “The Great Shaman Ga Dooshim” ditayangkan. Sekejap betul rasa, dah lah hanya 20 minit sahaja satu episod kan?

Sinopsis
Ianya membawa kisah seorang pelajar sekolah menengah normal yang dapat melihat roh secara tiba-tiba. Dia kemudiannya bergabung tenaga dengan seorang pelajar perempuan yang mempunyai nasib sebagai penghalau roh untuk menyelamatkan sekolah mereka.
Ending memuaskan
[Amaran SPOILER]
Meskipun hanya merupakan drama web terbitan Kakao TV namun ianya berjaya menampilkan kualiti yang cocok dengan genre fantasi misteri.
Di penghujung siri ini, Ga Doo-shim (Kim Sae-ron) berjaya menghafal mantera bagi menyelamatkan Na Woo-soo (Nam Da-reum) daripada cengkaman roh jahat. Manakala pengetua Kyung-pil yang menjanjikan nyawa pelajar sebagai gantian kepada prestij Sekolah Tinggi Songyeong akhirnya menemui ajal kerana ketamakannya itu.
Akhirnya keamanan kawasan sejagat itu pulih seperti sedia kala dengan pemergian kesemua roh jahat yang berlegar disekelilingnya dengan kuasa Ga Doo-shim.
Disukai ramai
Drama berdurasi pendek ini walaubagaimanapun tidak menghalang daripada ditonton oleh penonton tempatan mahupun luar negara. Sinergi yang ditonjolkan oleh pelakon veteran seperti Moon Sun-geun, Yoon Seok-hwa dan Bae Hae-sun serta pelakon muda iaitu Nam Da-reum dan Kim Sae-ron merupakan elemen yang membuatkan drama itu lebih menyeronokkan.
Selain itu, efek grafik (CGI) yang berkualiti tinggi turut membuatkan setiap episod dirasakan seperti menonton filem.
Kepada yang belum menonton, boleh lah marathon “The Great Shaman Ga Dooshim” sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.