Ikuti Kami:

4 Episod Awal Cecah 10 Juta Tontonan, ‘The Great Shaman Ga Dooshim’ Bakal Ada Musim Kedua?

4 Episod Awal Cecah 10 Juta Tontonan, ‘The Great Shaman Ga Dooshim’ Bakal Ada Musim Kedua?

Susahnya bila tengok drama web ialah kerana durasinya yang sangat pendek. Kalau pun ada berbelas episod tapi setiap tayangan hanyalah 10 ke 15 minit, pastinya pendek juga kan.

Sama seperti “The Great Shaman Ga Dooshim” yang sedang ditayangkan kini. Ianya membawa kisah seorang pelajar sekolah menengah normal yang dapat melihat roh secara tiba-tiba. Dia kemudiannya bergabung tenaga dengan seorang pelajar perempuan yang mempunyai nasib sebagai penghalau roh untuk menyelamatkan sekolah mereka.

Disebabkan hanya mempunyai 12 episod dengan 20 minit tempoh tayangan, sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati dengannya. Khabarnya, penonton menyukai drama ini kerana keserasian di antara pelakon seperti Kim Sae-ron, Nam Da-reum, Yu Seon-ho dan ramai lagi selain plot menghalau hantu yang menarik.the great shaman ga dooshimOleh sebab ianya diminati ramai, khabarnya KakaoTV mungkin akan menghasilkan musim kedua nanti. Namun ini respon mereka,

Tiada lagi perbincangan rasmi mengenai penghasilan musim kedua.

Sememangnya popular, 4 episod yang sudah ditayangkan telah mencecah jumlah kumulatif sebanyak 10 juta tontonan di laman penstriman itu.

Siapa yang minat drama “Sell Your Haunted House”, pasti akan suka dengan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...