Ikuti Kami:

Hanya 10 Episod, Drama Thriller Misteri Ketenteraan ‘Search’ Tamat Dengan Rating Terbaik

Hanya 10 Episod, Drama Thriller Misteri Ketenteraan ‘Search’ Tamat Dengan Rating Terbaik

Hanya 10 episod tayangan, drama ketenteraan “Search” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

“Search” ialah drama mengenai sebuah operasi pencarian yang diperkenalkan untuk membongkar rahsia disebalik kehilangan misteri dan kes pembunuhan yang berlaku dalam zon demiliterisasi (DMZ).

Penonton puas hati dengan episod akhir

[Amaran SPOILER]

Selepas lama menanti, akhirnya terungkai juga kisah sebenar di antara hubungan berbelit di antara ibu bapa Son Ye-rim (Krystal) dan Yong Dong-jin (Jang Dong-yoon) akibat kejadian misteri di DMZ pada tahun 1997. Rupanya bahan radioaktif yang boleh menyebabkan manusia bertukar menjadi raksasa dijumpai oleh ibu bapa Ye-rim dan mereka bertindak membawa lari bahan tersebut kerana takut ada pihak yang menyalahgunakannya.

episod akhir search

Pun begitu, ayah Yong Dong-jin yang sudah pun terdedah kepada bahan radioaktif itu mula mempunyai kelebihan luar biasa dan menjadi target orang atasan. Kebenaran tersebut mula disedari oleh pasukan Polaris dan mereka bertindak untuk menjatuhkan dalang disebaliknya. Malah Song Min-gyu (Yoon Park) dan Lee Joon-sung (Lee Hyun-wook) yang pada awalnya bergerak untuk pihak jahat mula menyedari kejahatan mereka dan mencuba segala yang mungkin untuk mengubah segalanya.

Cuma yang menjadi kekesalan penonton ialah apabila bekas kekasih iaitu Ye-rim dan Dong-jin nampaknya sudah pun melupakan sengketa lama namun sepertinya tidak memberikan sebarang bayangan sama ada mereka sudah bersama semula.

episod akhir search

[SPOILER Tamat]

Rating baik

Episod akhir drama misteri thriller ini berjaya mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya dengan catatan sebanyak 3.9% dan 4.7%. Secara langsung membuktikan bahawa walaupun ia ditayangkan di saluran berbayar, namun ianya masih mampu menarik jumlah tontonan yang memberangsangkan.

episod akhir search

Siapa yang dah tonton drama “Search”, anda puas hati tak dengan kesudahannya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...