Ramai pastinya curious dengan gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Jang Na-ra kan?

Akhirnya, wanita itu telah berkongsi juga mengenai suaminya dalam rancangan “Let’s Live Together With Park Wonsook” baru-baru ini.
Dalam episod terbaru ini, pelakon Sunwook Eun-sook telah melawat kakaknya, Park Won-sook, Hye Eun-yi, Kim Chung dan Lee Kyung-jin. Ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menyambut tetamu, Park Won-sook menerima panggilan mengejut dari Jang Na-ra.
Pelakon veteran itu kemudiannya memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan Jang Na-ra dan gembira apabila mengetahui pengantin baru itu sedang berbulan madu di Perkampungan Darangyi di Daerah Namhae.
Pelakon wanita itu sempat memperkenalkan suaminya selepas diminta oleh Park Won-sook,
Dia sangat handsome.
Kata Jang Na-ra,
Dia ialah pengarah penggambaran, dan menghasilkan drama serta filem.
Park Won-sook juga meminta Jang Na-ra supaya menjamah sesuatu di kafenya yang berada di sekitar situ lantas membuktikan hubungan rapat mereka.
Walaupun tak nampak muka, tapi jelas kelihatan muka bahagia Jang Na-ra.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.