(FOTO) Titip Ucapan, Jang Nara Kongsi Foto Rasmi Di Majlis Perkahwinan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Rasanya semua turut bergembira apabila melihat Jang Nara selamat melangkah ke fasa kehidupan barunya sebagai seorang isteri kelmarin.
Hanya dapat melihat foto kabur dari tetamu sahaja, pihak Jang Na-ra sendiri telah berkongsi foto rasmi dari majlis bermakna itu baru-baru ini.
Semasa di awal majlisnya, pelakon wanita itu meluahkan rasa gembiranya,
Terima kasih semua kerana menghadiri perkahwinan ini.

Katanya lagi,
Terima kasih kerana merestui saya dengan perhatian dan kasih sayang. Saya akan hidup bahagia sebagai isteri yang baik di rumah dan pelakon yang ikhlas di tempat kerja bagi membalas sokongan, perhatian dan kaish sayang diberikan semua.
Kongsi agensinya pula,
Dengan sokongan dan restu semua, Jang Na-ra selamat menjalani perkahwinannya. Kami meminta sokongan dan galakan untuk Jang Na-ra yang bakal memulakan fasa kedua hidupnya.

Selamat berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




