Ikuti Kami:

‘Handsome With Brain’! Ini Senarai Idola K-Pop Lelaki Berjaya Genggam Ijazah Pengajian Tinggi

‘Handsome With Brain’! Ini Senarai Idola K-Pop Lelaki Berjaya Genggam Ijazah Pengajian Tinggi

Bila sebut je pasal idola K-Pop, mesti korang ingat jadual mereka yang pack dengan aktiviti seperti comeback di rancangan muzik dan banyak lagi. Tetapi, dalam diam mereka sempat menghabiskan pengajian mereka dengan sempurna.

Kalau korang nak tahu siapa yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat yang tertinggi? Jom!

1. BTS

BTS

Pada tahun 2017, Jin BTS telah pun menamatkan pengajian beliau di peringat ijazah sarjana muda. Kini, ahli BTS yang lain juga turut menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda mengikut pengkhususan tersendiri pada tahun 2020. Antaranya adalah RM, SUGA, dan J-HOPE BTS telah pun menamatkan pengajian ijazah sarjana muda mereka dibawah pengkhususan MBA dalam Pengiklanan & Media di Universiti Siber Hanyang pada bulan Mac, 2020.

Manakala, Jimin dan V juga menamatkan pengajian ijazah sarjana muda mereka di dalam bidang Hiburan & Media dan menerima anugerah President’s Award di Universiti Global Siber pada 4 Mac 2021.

Yang terakhir adalah Golden Maknae, Jungkook BTS juga tidak melepaskan peluang untuk menamatkan pengajian beliau di peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang Pendidikan Penyiaran dan Hiburan dan juga menerima President’s Awards di Universiti Global Siber pada 3 Mac 2022.

Mesti ramai ARMY bangga dengan pencapaian BTS yang bukan sekadar popular di dunia tetapi mampu untuk meneruskan dan menamatkan pengajian mereka walaupun jadual terlalu padat untuk mereka.

2. Super Junior

SuperJunior

Seperti korang tahu, ada tiga orang ahli Super Junior telah menamatkan pengajian mereka juga. Antaranya adalah Heechul yang telah menamatkan di dalam bidang Analisis Data Komputer dan minor dalam Bahasa Inggeris di Universiti Sangji.

Seterusnya, Kyuhun juga menamatkan pengajian beliau di Universiti Kyunghee di dalam bidang Muzik Pasca Moden dengan jayanya.

Terakhir adalah Siwon juga bekas pelajar di Universiti Inha dan menamatkan pengajian beliau di dalam bidang Pendidikan Jasmani.

3. BigBang

BigBang

Dalam ahli kumpulan BigBang, ada 3 ahli berjaya menamatkan pengajian mereka. Salah seorangnya adalah G-Dragon dan T.O.P. di mana mereka telah menamatkan ijazah dalam bidang Teater di Universiti Dankook.

Selain G-Dragon dan T.O.P, Taeyang juga berjaya menamatkan pengajian beliau sehingga di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Penghasilan Persembahan dan Imej di universiti yang sama dengan G-Dragon dan T.O.P.

4. 2PM Taecyeon 

Taecyeon

Kalau korang ingat drama Vincenzo, Taecyeon yang memegang watak jahat sebenarnya mempunyai ijazah di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Dankook dan meneruskan pengajian seterusnya menjadi graduan yang berjaya di dalam Sekolah Pengajian Antarabangsa di Universiti Korea.

5. TVXQ

TVXQ Changmin Yun-ho

Kalau korang nak tahu, U-Know Yun-ho, dia membesar dari keluarga yang bekerjaya tinggi. Jadi, tak hairanlah jika dia juga mampu menghabiskan pengajian beliau di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Penyiaran Muzik di Universiti Chungyun.

Changmin TVXQ juga merupakan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian beliau dengan sempurnanya. Beliau telah menamatkan pengajian di dalam bidang Muzik Pasca Moden di Universiti Inha dan menjadi graduan ijazah sarjana dan PhD sekali gus.

Jadi, korang kena ikut jejak langkah ahli TVXQ okay! Busy pun tetap berjaya dalam pelajaran.

6. SHINee KEY

KEY SHINee

Kepada yang tidak mengenali KEY ini siapa sebenarnya? Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di dalam bidang Filem dan Muzikal di Universiti Myongji dan beliau juga merupakan lepasan ijazah di dalam bidang Pembangunan Kandungan Budaya dan Pendidikan di Universiti Wossuk.

Handsome dan bekerjaya ini buat rasa bersemangat lah pula.

7. INFINITE 

infinite

Bila sebut je pasal kumpulan INFINITE, korang mesti teringat lagu-lagu mereka bukan? KimchiDaily nak bagitahu yang sebenarnya L dan Sunggyu merupakan pelajar jurusan dalam Muzik Gunaan di Universti Taekyeung.

8. SF9 INSEONG

INSEONG SF9

Kalau korang nak tahu, Inseong dikenali sebagai ‘Brain of SF9’ sendiri kerana markah ujian TOIEC hampir markah penuh dan sebelum beliau debut sebagai ahli kumpulan SF9, beliau juga telah pun menamatkan ijazah di Universiti Kyunghee. Inseong merupakan pelajar komunikasi di universiti tersebut.

Jadi, korang rasa terinspirasi tak bila baca idola-idola K-Pop korang berjaya dalam pelajaran mereka walaupun jadual tidak menentu. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan dan kejayaan itu tidak datang bergolek. Korang kena berusaha lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat diri sendiri.

Korang nak tak kalau KimchiDaily share dengan korang kumpulan K-Pop idola versi perempuan yang baru menamatkan pengajian mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...