Utama K-Pop Tamat Pengajian Ijazah, Jungkook BTS Terima Anugerah Presiden Dek Prestasi Luar Biasa

Tamat Pengajian Ijazah, Jungkook BTS Terima Anugerah Presiden Dek Prestasi Luar Biasa

jungkook grad

Walaupun sibuk dengan aktiviti nyanyian, namun Jungkook masih memberikan fokus yang baik buat tugasnya sebagai pelajar.

Ini terbukti apabila ahli BTS itu berjaya bergraduasi dari ‘Global Cyber University’ baru-baru ini. Malah dia turut dianugerah ‘Anugerah Presiden’ kerana prestasi yang luar biasa sepanjang menuntut di institusi itu.

Walau bagaimanapun, Jungkook tidak dapat hadir ke majlis pengijazahan itu tetapi sempat meninggalkan ucapan istimewa bagi menyambut hari bermakna tersebut.

jungkook graduate

Katanya,

Tamat pengajian bukanlah satu pengakhiran tapi satu permulaan. Saya merasa tersentuh dan teruja dalam masa yang sama. Terima kasih kepada profesor, staf univeristi dan semua orang. Dan buat pelajar yang bergraduasi, tahniah buat anda!

Untuk pengetahuan, Jungkook atau Jeon Jung-kook merupakan pelajar dalam jurusan Penyiaran Hiburan kelas 2017.

Tahniah ‘golden maknae’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Seoul
Loading...