Ikuti Kami:

Han Sohee & Pengarah Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘My Name’

Han Sohee & Pengarah Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘My Name’

Tidak dapat disangkal bahawa “My Name” merupakan antara siri Korea di Netflix yang berjaya mencipta nama di seluruh dunia kini.

Meninggalkan pengakhiran yang terbuka, kebanyakan penonton tertanya-tanya sama ada ia akan disambung nanti.

Jawab Han So-hee apabila ditanya,

Saya rasa saya akan mati (ketawa). Selepas dia mendapat tahu bahawa ayahnya merupakan seorang pegawai polis, bukan kah perlu ada kisah mengenai hubungannya dengan Cha Gi-ho (Kim Sang-ho)? Tapi kalau ada musim kedua, saya tidak tahu apa lagi yang mahu ditunjukkan. Rasanya saya akan mempunyai kuasa luar biasa.

netflix my name

Jawab pengarah Kim Jin-min pula,

Bagi ‘Squid Game’, pengarah Hwang Dong-hyuk bertanggungjawab menulis dan mengarahnya. Bagi saya pula, saya hanya mengarah mengikut skrip dan pelakon yang dipilih. Untuk musim kedua, ianya bergantung kepada penulis dan Netflix. Saya tidak mempunyai kuasa ke atasnya.

Nampaknya macam tiada perancangan lagi, ada yang menanti ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...