Utama Drama Korea Han Sohee Konco Dadah Menyamar Jadi Polis, 5 Sebab Kena Tonton ‘My...

Han Sohee Konco Dadah Menyamar Jadi Polis, 5 Sebab Kena Tonton ‘My Name’ Di Netflix Kini

netflix my name

Dengar cerita, ramai yang dah menantikan siri terbaru Netflix iaitu “My Name”?

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, kami berpeluang menyertai sidang media siri berkenaan bagi ‘mengorek’ pelbagai cerita di sebaliknya yang pasti akan membuatkan anda teruja.

Jom temui mereka!

netflix my name
Ihsan Netflix

Sinopsis

“My Name” menceritakan kisah Ji-woo yang menyertai polis sebagai pengintip untuk organisasi pengedaran dadah bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya. Dalam misi tersebut, penonton akan disajikan dengan pelbagai babak saspens dek misi balas dendam Ji-u selain kebenaran yang memeritkan. Pastinya seronok kerana ia diterajui oleh pelbagai nama besar seperti Han So-hee, Park Hee-soon, Kim Sang-ho, Lee Hak-joo dan Jang Yul.

Plot balas dendam

Menurut pengarah Kim Jin-min, “My Name” secara ringkasnya merupakan drama yang menyaksikan watak Ji-woo (Han So-hee) menjalani perjalanan yang gelap dek rencana balas dendam ke atas kematian ayahnya.

Jelas Park Hee-sun

Noir gelap adalah dangat macho dan kelakian. Apabila saya membaca skrip ‘My Name’, saya merasakan ianya sangat asli kerana watak utamanya ialah perempuan. Saya boleh rasakan kehangatan cerita itu daripada emosi kompleks semasa merungkai ceritanya selain dinamik setiap watak yang ada.

netflix my name
Ihsan Netflix

Ji-woo yang tersakiti

Bak kata Park Hee-sun drama ini ialah buat Han So-hee dan daripada Han So-hee. Maknanya cerita ini memberikan fokus berat kepada watak Ji-woo.

Kata Han So-hee,

Ji-woo merupakan segalanya, itu adalah wataknya. Ji-woo menjadi saksi kematian ayahnya pada usia remaja dan dia tidak mempunyai pilihan selain memilih jalan yang ini. Saya faham perasaannya namun pada masa yang sama, saya kagum melihat kesungguhan dan kekuatan yang dibawanya.

Cabaran baru Han So-hee

Tekad dengan cubaan pertamanya membawa drama aksi, Han So-hee memulakan perjalanan menghidupkan watak Ji-woo dengan menyertai sekolah aksi dan bersenam pada saban hari. Malah wanita itu menaikkan berat badannya sebanyak 10 kg bagi merealisasikan watak berkenaan.

Saya merasakan, tak kira macam mana pun, saya perlu melaburkan banyak masa. Saya berasa sedikit terbeban memandangkan ini ialah pertama kali, namun saya tidak berseorangan dan saya perlu bergerak bersama orang lain untuk melengkapkan satu pergerakan. Saya juga berhati-hati sekiranya tercedera. Ianya agak sukar.

netflix my name
Ihsan Netflix

Malah pengarah Kim Jin-min memuji pelakon itu kerana mengotakan janjinya untuk berubah dan bekerja keras untuk watak berkenaan.

Terdapat banyak peluang untuk membawa watak yang cantik. Walaubagaimanapun, peluang untuk melontarkan badan merata susah nak datang. Saya paling mahu berterima kasih dengan Han So-hee.

Selain itu, pelakon yang mula popular dengan drama “The World Of The Married” itu menyatakan bahawa dia mampu melakukan 30 sit-up dalam satu set dan mula belajar kickboxing kini.

Babak aksi realistik

Uniknya “My Name” kerana penonton bakal disajikan dengan babak aksi yang ‘real’ dan mendebarkan.

Kongsi Park Hee-sun,

Pergerakan kami tak terlalu bergantung pada wayar atau efek grafik. Ianya menerusi emosi, jadi saya mengatakannya sebagai beremosi dan aksi sebenar.

Ahn Bo-hyun juga menegaskan bahawa ianya merupakan aksi yang bergerak laju, sekiranya mata berkelip, sudah pasti penonton akan terlepas pandang pergerakan dalam babak yang berkait.

netflix my name
Ihsan Netflix

Kesemua mereka bekerja keras selama berbulan-bulan bagi menjayakan babak pertarungan yang pelbagai di dalam “My Name’ dan nyata, ianya pasti tidak akan menghampakan penonton.

Nampaknya rugi kalau anda terlepas menonton 8 episod “My Name” yang memulakan tayangannya pada hari ini (15 Oktober) di Netflix. Bila lagi nak tengok Han So-hee beraksi dan menunjukkan sisi gelapnya? Jadi, cepat buka Netflix tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...