Han Hyo-joo tidak dinafikan telah menghidupkan wataknya dengan jayanya dalam siri Disney+ “Moving”.
Terbaru, penulis “Moving” iaitu Kang Full telah terlibat dengan satu temu bual khas, di mana dia ada menceritakan sedikit sebanyak tentang drama berkenaan.
Ketika sesi temu bual, lelaki itu meluahkan rasa syukurnya kepada Han Hyo-joo dan turut mendedahkan,
Pada awalnya, Han Hyo-joo menolak tawaran drama itu. Saya mahu kekal mengambil dia tanpa syarat.
Jelas penulis lagi,
Han Hyo-joo berkata bahawa dia tidak mempunyai keyakinan untuk melakonkan watak ibu kepada pelajar senior sekolah menengah. Saya percaya ketegasannya akan sesuai dengan watak Lee Mi-hyun. Saya memang tidak salah. Selepas melihat versi yang disunting, saya menelefonnya dan menyatakan rasa terima kasih saya.
Lakonan Han Hyo-joo memang mantap!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.