Ikuti Kami:

“Hampir Tak Kenal Dia..” – Nampak Cengkung, Peminat Risau Akan Kesihatan Onew SHINee Kini

“Hampir Tak Kenal Dia..” – Nampak Cengkung, Peminat Risau Akan Kesihatan Onew SHINee Kini

Nampaknya, makin ramai yang risau akan kesihatan Onew SHINee kini..

Terbaru dalam siaran 24 Jun program “Point of Omniscient Interfere”, SHINee telah muncul sebagai tetamu, di mana mereka dilihat sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan.

Meskipun teruja namun, peminat tidak dapat menyembunyikan rasa risau mereka apabila melihat Onew, yang kelihatan sangat kurus dan cengkung.

Sebelum ini, SM Entertainment telah memberitahu bahawa lelaki itu terpaksa mengecualikan diri dari aktiviti promosi kumpulan kerana kesihatannya yang semakin  teruk. Tambahan, dia juga dinasihatkan untuk berehat dan menerima rawatan sewajarnya dek keadaannya yang semakin merosot.

Selepas episod itu ditayangkan, netizen rata-rata risau dan telah meninggalkan komen seperti,

Saya hampir tak kenal dia..

 

Saya harap dia akan cepat sihat.

 

Saya terkejut. Dia kelihatan sangat kurus.

Semoga Onew baik-baik sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...