Nampaknya “Squid Game” mencapai rekod yang tidak disangka selepas hampir sebulan bersiaran di Netflix.

Terbaru, dilaporkan bahawa siri itu telah ditonton oleh 111 juta pelanggan Netflix di seluruh dunia setakat ini. Malah ia juga berjaya menduduki tangga pertama sebagai rancangan paling popular di puluhan negara.
Komen Kim Min-young, Timbalan Presiden Kandungan (APAC ex-India),
Apabila Netflix melabur buat Korea pada 2015, matlamat kami ialah menampilkan kandungan bertaraf dunia buat peminat yang meminati program Korea, bukan hanya di Asia, malah di seluruh dunia. ‘Squid Game’ menjadikan impian kami sebagai kenyataan.
Tambahnya lagi,
Apabila cerita yang digambarkan pengarah Hwang Dong-hyuk sekian lama tidak dapat dihasilkan di mana-mana, Netflix percaya dengan persona ‘Squid Game’ yang boleh menggegarkan hati peminat di Korea dan secara global.
Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.
Hebat kan “Squid Game”, memang jadi fenomena!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.