Ikuti Kami:

“Polis Ke Front Man..” – Pengarah Kongsi Pelan Plot & Permainan Bagi Musim Ke-2 ‘Squid Game’

“Polis Ke Front Man..” – Pengarah Kongsi Pelan Plot & Permainan Bagi Musim Ke-2 ‘Squid Game’

Baru sahaja ditayangkan namun ramai yang dah ‘demand’ sambungan untuk “Squid Game” memandangkan plot yang tergantung pada penghujungnya.

Terbaru, dalam sebuah temubual, pengarah Hwang Dong-hyuk membincangkan kemungkinan permainan kanak-kanak yang mungkin ditonjolkan dalam musim kedua jika ianya dihasilkan nanti.

Terdapat satu permainan yang dipanggil ‘Kenapa Datang Ke Rumah Saya?’. Apabila menyanyikan lagunya, pemain akan cuba mengalahkan pemain daripada pihak lawan seorang demi seorang.

netflix squid game

Namun tambah pengarah itu lagi,

Terdapat kemungkinan yang tiada had (untuk permainan bagi musim kedua nanti.

Permainan lain yang disebut ialah gasing dan teng teng di mana ia merupakan permainan klasik di jalanan Korea bagi kanak-kanak.

hwang donghyuk

Jelasnya lagi, jika ada musim kedua, dia mahu memberikan fokus kepada isu yang timbul dalam kalangan polis dan juga turut menyebut mengenai plot seorang polis pada asalnya namun menjadi ‘Front Man’ kemudiannya.

Masalah polis juga bukan sesuatu yang asing di luar Korea.

Nampaknya pengarah “Squid Game” dah ada rancang sesuatu mungkin?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...