Ikuti Kami:

Hampir Pengsan Atas Pentas, Jessi Perjelas Isu Terkandas Di London Dek Pengurus Konsert

Hampir Pengsan Atas Pentas, Jessi Perjelas Isu Terkandas Di London Dek Pengurus Konsert

Sering tampil dengan imej ceria dan bertenaga, peminat pastinya susah hati apabila Jessi kelihatan sedih dan meluahkan perkara yang merisaukan.

Baru-baru ini ketika konsert di Paris, Jessi secara langsung telah berkongsi kepada peminat, penganiayaan yang diterimanya daripada penganjur untuk konsert jelajah Eropahnya.

Bagi yang belum tahu, pada 12 Oktober semalam, Jessi telah berkongsi di Instagram Story bahawa dia terkandas di London selepas di’palau’ pihak pengurusan konsert, dan harus bergerak sendiri ke Paris tanpa pengawasan.

Tidak habis di situ, setibanya di Paris, Jessi turut terkandas di luar hotel tanpa tempahan bilik untuknya. Dia berkongsi di Instagram Story dengan menulis,

Saya perlu membuat persembahan esok…dan lelaki ini terus membiarkan saya terkandas di luar.

Meskipun mengharungi pelbagai susah payah, Jessi tetap meneruskan persembahannya di Paris pada malam berkenaan, dengan sokongan peminat dan ibunya yang turut menemani Jessi untuk konsert jelajah ini.

Sebelum membuat persembahan, penyanyi itu menceritakan kepada peminat tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kongsinya,

Saya telah terkandas di luar pada pukul 6 pagi. Syukurlah, kawan saya terbang dari Korea ke Paris untuk membantu saya mendapatkan hotel. Saya pada awalnya ingin membatalkan konsert hari ini kerana saya tidak mahu berada di atas pentas dengan keadaan saya seperti ini. ‘Lelaki ini’ (pengurus konsert) merosakkan hidup saya sekarang.

Jelasnya lagi dengan hampir menangis,

Saya terpaksa menempah hotel saya sendiri, saya terpaksa menempah kereta api saya sendiri, dan saya tidak merungut untuk apa-apa, kerana pada penghujung hari apabila saya melihat anda semua, semuanya berubah…Saya hampir ingin membatalkan konsert ini kerana badan saya tak sihat dan suara saya hilang.

jessi

Bukan itu sahaja, seorang peminat yang menghadiri konsert di Paris turut berkongsi bahawa Jessi hampir pengsan di atas pentas dek terlalu penat dan tertekan.

Semoga Jessi kekal tabah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...