Ikuti Kami:

“Saya Perlu Bayar Sendiri” – Di’Palau’ Pengurusan Konsert, Jessi Kongsi Terkandas Di London Kini

“Saya Perlu Bayar Sendiri” – Di’Palau’ Pengurusan Konsert, Jessi Kongsi Terkandas Di London Kini

Bergerak sendiri kini, nampaknya Jessi mengalami waktu yang sukar ketika menjalani konsert jelajah di luar negara kini.

Terbaru, penyanyi solo itu meluahkan perasaan menerusi Instagram Story mengenai kisahnya yang tidak tentu arah di London.

Tersangkut di London.. Pakai duit sendiri ke Paris untuk berjumpa peminat.. kalau lah korang tahu apa yang saya lalui.

jessi

Dalam entri kedua,

Saya perlu membuat persembahan esok.. dan dia asyik membiarkan saya terbiar di luar..

Untuk pengetahuan, Jessi sepatutnya melangsungkan konsert di Paris pada 12 Oktober ini, Namun, menerusi pendedahan wanita ini sepertinya dia terpaksa berusaha sendiri untuk ke lokasi konsert dek ketidakcekapan pengurusan acara itu.

Dalam pda itu, para peminat sedang berusaha menghubungi Jessi bagi mengetahui keadaannya kini selain turut menyebarkan info mengenai ketua jelajah berkenaan yang didakwa meninggalkan wanita tersebut tanpa pengawasan.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...