Ikuti Kami:

Hampir Diperangkap, Ahn Hyoseop Ambil Tindakan Tegas Failkan Saman Terhadap Han Seohee

Hampir Diperangkap, Ahn Hyoseop Ambil Tindakan Tegas Failkan Saman Terhadap Han Seohee

Pada 8 Februari, media melaporkan bahawa satu kes saman telah difailkan kepada Han Seo-hee di atas kesalahan memfitnah Ahn Hyo-seop.

Peguam yang diupah oleh Ahn Hyo-seop mendakwa bahawa mesej perbualan yang disebarkan oleh Han Seo-hee itu telah menjejaskan reputasi serta imej pelakon tersebut.

Malah, mesej yang dikongsi juga seakan menunjukkan bahawa pelakon lelaki tersebut pernah meniduri gadis itu.

Sebelum ini, Han Seo-hee telah menyebarkan mesej perbualannya bersama dengan Ahn Hyo-seop di mana dia telah mengajak pelakon tersebut untuk pergi bermalam di hotel.

Meskipun gadis itu mengaku bahawa dia telah memalsukan mesej tersebut, hantaran gambar bilik hotel yang dibuat di media sosialnya telah menjadi tanda tanya di kalangan peminat.

han-seo-hee-ahn-hyo-seop-text

Dalam masa yang sama, ini juga bukan kali pertama Han Seo-hee didapati melakukan perkara seperti ini.

Bekas pelatih idola ini mempunyai rekod lampau menggunakan hubungan selebritinya untuk memerangkap selebriti lain ke dalam kontroversi yang boleh menjejaskan kerjaya mereka.

Memang patut pun Ahn Hyo-seop ambil tindakan dekat Han Seo-hee kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...