Ikuti Kami:

Hadkan Komen Di IG, Song Hyekyo Elak Dibanjiri Komen Berkaitan Perkahwinan Song Joongki?

Hadkan Komen Di IG, Song Hyekyo Elak Dibanjiri Komen Berkaitan Perkahwinan Song Joongki?

Perkahwinan tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan, sama seperti kisah cinta antara Song Joong-ki dan Song Hye-kyo yang terputus di tengah jalan suatu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak terjejas dengan takdir itu dan mengorak langkah dengan jayanya dalam karier masing-masing kini. Malah mereka berdua berjaya membuktikan bakat semula jadi dek kejayaan drama seperti “Reborn Rich” buat Song Joong-ki dan “The Glory” buat Song Hye-kyo.

Pun begitu, mereka berdua sepertinya tidak dapat lari dari kehidupan masing-masing apabila peminat sering cuba mengaitkan mereka. Tambahan pula, ramai yang cuba memerhatikan reaksi Song Hye-kyo apabila bekas suaminya itu mengumumkan perkahwinan kedua bersama Katie Louise Saunders selain kandungan wanita berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Tidak melatah, Song Hye-kyo dilihat senyap dari media sosial selain hanya memuat naik promosi berkaitan kariernya termasuklah penggambaran untuk majalah selain jemputan ke pertunjukan fesyen untuk jenama mewah.

Namun ada yang mempertikaikan tindakan wanita itu menghadkan ruangan komen di akaun Instagram miliknya. Ada yang menebak ianya bagi menghindari ruangan itu dibanjiri dengan komen berkaitan Song Joong-ki dan perkahwinannya?

Bagi yang perasan, Song Hye-kyo sebenarnya sudah lama menghadkan ruangan komen di setiap entrinya. Ini berkemungkinan bagi mengelakkan mesej ‘spam’ yang tidak berasas daripada memenuhi setiap postingnya.

Spekulasi sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...