Jennie BLACKPINK tampak menyerlah dengan penampilannya di Minggu Fesyen Paris!
BACA: Hadiri Minggu Fesyen Paris, Penampilan Jisoo BLACKPINK Tarik Perhatian Seluruh Dunia
Pada minggu lepas, ahli BLACKPINK Ji-soo telah menjadi bualan ramai dengan ketibaannya sebagai duta global ‘DIOR’ di Minggu Fesyen Paris. Kali ini pada 8 Mac, giliran Jennie pula untuk menawan hati peminat dengan penampilannya sebagai duta global ‘CHANEL’.
Sebelum acara bermula, peminat dilihat sedang menunggu di luar lokasi untuk melihat Jennie dalam perjalanannya masuk ke pertunjukan ‘Chanel’s Fall-Winter 2022/23 Ready-to-Wear’. Seperti yang dijangka, sebaik sahaja dia keluar dari kereta, BLINK (nama kelab peminat) mula bersorak dengan semangat dek terpegun melihat idola itu dalam pakaiannya yang serba hitam.
https://twitter.com/NEWSJENNlE/status/1501229637698940929
Sejurus selepas pertunjukan itu tamat, peminat nampaknya masih setia menunggu Jennie, dan tetap bersorak namanya.
Jennie benar-benar menjadi tarikan utama di pertunjukan fesyen CHANEL di Paris, dengan peminat yang teruja serta turut meraikannya dengan hashtag #JENNIExCHANELFW22 dan tagline seperti ‘JENNIE POUR CHANEL’ yang kini telah melepasi lebih 500 ribu tweet di Twitter.
Lain macam kan aura Jennie!