Beberapa hari lalu, Ji-soo BLACKPINK dilihat di lapangan terbang Antarabangsa Incheon, menuju ke Paris untuk acara Minggu Fesyen Paris, di mana ramai pereka terkenal mempamerkan reka bentuk baharu untuk koleksi Musim Gugur/Musim Sejuk.
Kemudian pada 1 Mac, Ji-soo telah hadir di pertunjukan fesyen Dior Fall/ Winter 22/23 di Paris. Ahli BLACKPINK itu dengan pantas dikerumuni oleh wartawan dan jurugambar yang cuba merakam penampilan idola K-pop popular itu.
Sekadar info, Ji-soo adalah duta global jenama mewah ‘Dior’ bagi kategori fesyen dan kecantikan. Sebelum ini, dia juga pernah menghadiri Minggu Fesyen Paris bagi pertunjukan Dior Spring/Summer 2022 dan juga telah menjadi bualan bukan sahaja dalam kalangan peminat, malahan dari media seluruh dunia.
https://twitter.com/asher0117/status/1498773339028221953
Pada pertunjukan itu, Ji-soo muncul dalam pakaian berkotak-kotak berinspirasikan dari filem “Clueless” yang dipadankan dengan kemeja putih berkolar dan tali leher hitam. Dia benar-benar menjadi acara utama di pameran itu, dengan beribu-ribu peminat berpusu-pusu untuk melihat sekilas idola itu.
Bukan itu sahaja, sejurus selepas acara itu tamat, peminat di Paris bersorak nama ‘Ji-soo’ dengan penuh semangat dan dia dilihat melambai dengan penuh mesra ke semua peminat yang hadir untuk menyokongnya.
https://twitter.com/fiifisz/status/1498677728622616586
Selain itu, BLINK (nama kelab peminat) turut teruja dengan penampilan Ji-soo di Paris, dan telah meraikan dengan hashtag #JISOOxDiorAW22 yang kini telah mencecah lebih 700 ribu tweet di Twitter, dan tagline seperti ‘JISOO AT PFW’ yang telah trending seluruh dunia ketika acara itu bermula.
Meriah Twitter semalam dengan gambar Ji-soo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.