Ikuti Kami:

Hadapi Beberapa Masalah, Produksi Drama ‘The Queen Lives In Seoul’ Lakonan Han Yeseul Dibatalkan

Hadapi Beberapa Masalah, Produksi Drama ‘The Queen Lives In Seoul’ Lakonan Han Yeseul Dibatalkan

Drama Han Ye-seul yang akan datang iaitu “The Queen Lives In Seoul” dilaporkan gagal untuk memulakan produksi.

Mengikut laporan media pada 25 Januari, produksi drama terbaru Han Ye-seul tidak dapat dijalankan dan dibatalkan kerana tidak mendapat tajaan yang diperlukan serta tidak mempunyai tarikh tetap tayangan.

Meskipun skrip dan jalan cerita dilaporkan sudah siap buat 4 episod pertama, ianya masih lagi tidak cukup untuk meneruskan produksi drama tersebut.

the queen lives in seoul

Dalam masa yang sama, drama ini mengisahkan tentang kehidupan serta hubungan percintaan seorang wartawan majalah fesyen yang bernama Nam Dal-la.

Terlebih dahulu, watak utama iaitu Nam Dal-la telah dilaporkan akan dilakonkan oleh Han Ye-seul. Manakala pelakon Lee Hyun-wook pula sedang mempertimbangkan tawaran untuk melakonkan watak sebagai ketua eksekutif majalah fesyen yang bernama Lee Seo-jin.

Ala, sayangnya kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...