Nampaknya, masih ada ramai selebriti Korea yang kurang peka dengan isu boikot yang sedang berlaku secara global kini.
BACA: Ada Kaitan Dengan Is****, Ini Senarai Produk Kecantikan Dari Korea Yang Harus Diboikot!
Terbaru pada 24 April, Hyo-yeon SNSD telah memuat naik video baru di laman TiKTok dan Instagram Story, di mana dia seronok menari bersama dengan Bo-mi APINK.
Namun, perkara lain yang menarik perhatian adalah tin minuman yang dipegang mereka iaitu tin Coca-Cola.
hyoyeon’s tiktok with Apink’s Bomi
pic.twitter.com/E9kvWTeTlj#Hyoyeon #HYO #효연
— HYU
PICTURE (@HYOYEON_Updates) April 24, 2024
Rasanya, ianya tidak asing lagi buat orang ramai bahawa Coca-Cola adalah salah satu jenama yang sedang diboikot secara global kini kerana sokongan mereka kepada Israel untuk menyerang Gaza.
Setelah menerima kritikan dan teguran dari peminat, Hyo-yeon dilihat terus memadam video tersebut di laman TikTok namun masih mengekalkannya di Instagram Story.
Hmm..