Ikuti Kami:

Ada Kaitan Dengan Is****, Ini Senarai Produk Kecantikan Dari Korea Yang Harus Diboikot!

Ada Kaitan Dengan Is****, Ini Senarai Produk Kecantikan Dari Korea Yang Harus Diboikot!

Sehingga hari ini, penduduk Palestin masih lagi bergelut untuk terus hidup dek serangan dari Israel.

Sebagai tanda protes, orang ramai sedang cuba untuk memboikot semua jenama yang mempunyai apa-apa kaitan dengan Israel, termasuklah produk kecantikan dari Korea Selatan.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman TikTok, seorang pengguna telah menyenaraikan beberapa jenama kecantikan Korea yang mempunyai hubungan dengan Israel dan harus diboikot.

Jenama dimiliki Amorepacific Corporation

Amorepacific Corporation atau juga dikenali sebagai Amore Pacific, dikaitkan dengan Vanguard Investments. Menurut data Morningstar, Vanguard adalah salah satu daripada 22 syarikat pelaburan yang memegang pelaburan di Israel. Antara jenama yang dimiliki oleh syarikat ini adalah Cosrx, Innisfree, Laneige, Etude, Illiyoon, Sulwhasoo, Mise En Scène, Espoir, Hera, Mamonde, IOPE, Aestura, Ryo dan Hanyul.

Dr.Jart+

Walaupun Dr.Jart+ adalah jenama Korea, syarikat induknya ialah Estée Lauder, di mana pengerusinya adalah seorang Zionis.

3CE

Jenama kosmetik Korea Selatan 3CE telah dilancarkan fesyen blogger terkenal iaitu StyleNanda. Bagaimanapun, L’Oréal iaitu syarikat kecantikan No.1 di Israel telah membelinya.

boycott korean beauty products

Namun, ada juga beberapa jenama kecantikan Korea yang dipercayai tiada ikatan dengan Israel dan korang boleh beli termasuklah Beauty of Joseon, Nature Republic, Colorgram, Dermatory, Goodal, Healing bird, Peripera, Clio Cosmetics, TONY MOLY, Wakemake, Mixsoon, Round Lab, Anua, Amuse, Lilybyred dan banyak lagi.

Lihat senarai penuh di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...