Ikuti Kami:

“Ha Doyoung Akan Mengamuk..” – Jung Sungil Beri Klu Bahagian Kedua ‘The Glory’

“Ha Doyoung Akan Mengamuk..” – Jung Sungil Beri Klu Bahagian Kedua ‘The Glory’

Ramai kan sedang menantikan tayangan bahagian kedua drama pembalasan dendam “The Glory” di Netflix?

Terbaru, Jung Sung-il yang merupakan antara watak utama siri itu telah menjadi tetamu di “You Quiz on The Block” bagi berkongsi cerita mengenai hidupnya.

Bukan sahaja berkongsi cerita mengenai kisah cinta yang panjang bersama isterinya, lelaki berusia 43 tahun itu turut mengulas mengenai drama tersebut yang menaikkan namanya dalam kalangan peminat K-Drama.

jung sungil the glory 2

Tanya Yoo Jae-suk mengenai jangkaan untuk bahagian kedua “The Glory”,

Dalam bahagian kedua, Ha Do-young akan jatuh ke dalam jurang yang dalam, berputus asa dan lebih marah berbanding orang lain. Ianya pasti akan lebih menyeronokkan.

Untuk pengetahuan, Jung Sung-il melakonkan watak Ha Do-young di mana dia didekati mangsa buli isterinya Park Yeon-jin (Im Ji-yeon), iaitu Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) selain turut terjebak dalam rahsia gelap yang tersimpan kemas darinya.

Nantikan kesinambungan “The Glory” pada 10 Mac nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...