Ikuti Kami:

Guna Perkataan Menghina Wanita? SUPER JUNIOR D&E Umum Batalkan Persembahan Di Rancangan Muzik

Guna Perkataan Menghina Wanita? SUPER JUNIOR D&E Umum Batalkan Persembahan Di Rancangan Muzik

Pada 14 Mac yang lalu, SUPER JUNIOR D&E telah mengeluarkan senarai lagu bagi album mini ke-5 mereka yang akan datang iaitu “606”.

Walau bagaimanapun, lagu mereka yang berjudul “GGB” telah menarik perhatian ramai. Di mana, peminat telah mendapati bahawa “GGB” merupakan istilah yang digunakan untuk menghina wanita.

Selepas isu itu tular, agensi kumpulan duo tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa mereka tidak akan mempersembahkan lagu tersebut di rancangan muzik.

Kata mereka,

Kami ingin meminta maaf di atas isu yang terjadi. Terutamanya pada peminat yang tidak selesa dengan tajuk lagu ini.

Tambahnya,

Kami telah membuat keputusan untuk membatalkan kemunculan SUPER JUNIOR D&E di acara muzik. Namun begitu, kami tetap akan mengeluarkan semua lagu ini tanpa mengubah apa-apa kerana projek ini sudah hampir siap.

 

Sambung mereka,

Kami harap peminat dapat memahami keputusan yang telah dibuat ini.

Terlebih dahulu, “GGB” atau gigibae merupakan perkataan yang seakan-akan menghina wanita di Korea. Di mana, ia membawa maksud wanita yang tidak matang atau tidak penting.

Malah, ayat ini juga merupakan ayat yang boleh dianggap sebagai misoginis (orang yang mempunyai kebencian terhadap wanita).

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...