Ikuti Kami:

“Guna Peguam Mahal Boleh” – Isu Pandu Mabuk, Kim Saeron Diperli Kongsi Foto Kerja Part-Time

“Guna Peguam Mahal Boleh” – Isu Pandu Mabuk, Kim Saeron Diperli Kongsi Foto Kerja Part-Time

Akhirnya Kim Sae-ron mula dibicarakan selepas ditahan memandu dalam keadaan mabuk hingga melanggar kotak penjana elektrik di kaki jalan pada tahun lalu.

Semasa perbicaraan itu, pelakon remaja itu merayu pada hakim dan mengatakan bahawa dia merupakan pencari rezeki utama buat keluarganya dan menghadapi pelbagai masalah kewangan sejak kes itu.

kim saeron

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mempercayai kata-katanya itu kerana khabarnya pelakon tersebut telah melantik 6 peguam daripada firma guaman terkenal bagi melawan bagi pihaknya untuk kes itu.

Para netizen semakin jelek apabila Kim Sae-ron dilihat memuat naik beberapa Instagram Story hanya sehari selepas perbicaraan itu. Menerusi beberapa siri foto itu, dia dilihat berkongsi mengenai pekerjaan separuh masa yang dihadirinya kini bagi mencari duit lebih.

kim saeron

Komen netizen,

Saya rasa dia bukan seorang yang cerdik.

 

Apa yang kasihannya.. semua orang normal bekerja seperti itu.

 

Tak kan lah dia tak ada simpan duit langsung sepanjang aktif sebagai pelakon.

 

Tak ada yang halang dia dari muat naik gambar ini ke..

 

Nak ikutkan, semua orang ada masalah kewangan..

Hmmm.. apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...