Meskipun plot menerima pujian ramai, namun drama “Tomorrow” terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.
Dalam episod terbaru, Goo Ryun yang dilakonkan oleh Kim Hee-sun ada memegang senarai ‘Kemasukan Si Mati’ yang mengandungi nama Kim Tae-hyung dengan tarikh lahir 30 Disember 1971 dan Kim Yu-rim dengan tarikh lahir 1 September 1997.
Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa apabila nama dan tarikh lahir V digunakan, cuma tahun sahaja diubah dari 1995 ke 1971 manakala tarikh lahir Jungkook diguna dengan nama yang lain.
Ianya mula tular di serata laman komuniti baru-baru ini dan terdapat dakwaan mengatakan pihak drama berkenaan sengaja menggunakan nama ahli BTS untuk meraih perhatian ramai.
Selepas tular, pihak MBC telah pun memberikan respons mengenai hal tersebut,
Hanya gabungan nombor secara rawak, tiada niat buruk mengenainya.
Mungkin kebetulan sahaja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.